5 KESILAPAN DALAM MEMILIH KONTRAKTOR

5 KESILAPAN DALAM MEMILIH KONTRAKTOR

……………………………………………………………………………………….

Dalam dunia bisnes tidak dapat lari daripada  mengeluarkan kos-kos tambahan samada untuk memulakan bisnes atau memajukan bisnes,inilah lumrah (atau sifat) dalam dunia perniagaan.

Jika kita lambat bertindak dan transfomasikan bisnes ia akan mengakibatkan kita rugi di dalam arena persaingan bisnes atau main stream, kita dikalahkan oleh pesaing kita dengan mudah ataskesilapan kita lambat bertindak,

Sebagai contoh, lambat meng ONLINE kan bisnes di kala COVID-19 merebak diseluruh dunia, dengan pelbagai cabaran penutupan bisnes secara Fizikal, atau kedai kita tidak mengikut trendkehendak customer yang sentiasa berubah-ubah, model bisnes yang dapat meng freshkan (segarkan) image atau  branding di lihat menarik dan segar, contohnya seperti MCdonald, KFC, kedai MESRA petronas akan menaiktaraf premis dan tema yang berbeza setiap 5 tahun, sedangkan kos renovation bukan sikit dan murah.

 

Berikut adalah 5 Kesilapan para pendiri bisnes dalam memilih Kontraktor

 

Pertama

Memilih atau membandingkan quotation antara kontraktor dengan mnganggap yang paling murah adalah pilihan terbaik, tanpa membuat berbandingan dari segi kos mentah, kemampuan kontraktor dan overhead dan profit yang seimbang.

 

Kedua

Janji manis delivery, memilih kontraktor yang paling cepat siap, walaupun customer tahu kontraktor tersebut tak boleh siapkan dlm jangka masa yg disebutkan dengan beranggapan boleh menekan masa kerja kontraktor, ini mengakibatkan kontraktor tertekan dan boleh lari meninggalkan site kerja atau pekerja berhenti secara tiba-tiba sebab melalui tekanan yg berlebihan.

 

Ketiga

Lebih suka memberi kerja kepada pekerja ASING yang tiada dokumen berbanding kontraktor berdaftar sbb merasakan boleh nego nipis, tetapi akhirnya apabila berlaku masalah di site atau pekerja lari, customer tak boleh membuat tuntutan atau saman melalui perundangan yang ada.

 

Keempat

Beli barang sendiri dan bayar kos upah sahaja, keadaan ini nampak seperti menguntungkan customer tapi akhirnya yang berlaku kerja siap tapi kualiti kerja tiada atau istilahnya (kelaut), nak marah pun tak boleh, nak baiki kos dah banyak keluar

 

Kelima

Kontraktor tak minta duit deposit, ini customer kena hati-hati sebab kebanyakkan yang terkena terlebih bayar sebab terlalu banyak hiden caj atau caj tersembunyi, jadi janganlah gembira permulaan tetapi menagis kemudian.